Bilik pengantin terhias indah.Haruman lavender menyegarkan lagi suasana romantik.Warna tema pink menjadi pilihan
emak,dan warna itu jugalah kesukaan Erin.Erin hanya memandang semua itu tanpa ada perasaan dan di mindanya hanya
memikirkan bagaimana harus dia berhadapan dengan seseorang yang sebentar lagi akan bergelar suami.
fikirannya buntu memikirkan..........
Semenjak di di tunangkan Erin menolak sama sekali untuk bertemu dengan bakal suaminya.Puas emak memujuk,begitu juga
dengan teman baiknya Aisyah.Bagi Erin semuanya tidak penting lagi kerana ayah telah memberi kata putus yang tidak
dapat dibantah lagi.
Ya Allah,kau berilah kekuatan padaku untuk menghadapi hidup ini....Erin memandang sekitar biliknya dengan wajah sayu.
Tiba-tiba pintu bilik di tolak. Erin berdebar....Ya Allah tolong aku!....Serentak itu Aisyah muncul.
Hei!...kenapa ni,senyumlah sikit...nanti apa kata semua orang.Aisyah memujuk sambil membetulkan tudung Erin.
Kau bolehlah cakap.Cuba kau kat tempat aku ni.Aku rasa panas aje ni.Air cond ni pun dah tak rasa dah!...Erin mula
bersuara.
Sabarlah Erin...aku pasti ayah kau buat yang terbaik untuk kau.Bertuah kau masih punya ayah yang ambil berat.Cuba kau tengok aku ni,tiada ayah tiada emak,..hanya nenek tempat aku bermanja.
Melihat Aisyah sedih,Erin cepat-cepat memeluk Aisyah.Kau jangan cakap macam tu...Kau masih ada aku.Aisyah membalas
pelukan Erin.Ingat tau,walaupun aku dah kahwin,kita tetap kawan dunia akhirat.Erin mengeratkan lagi pelukannya.
Kemudian Erin berdiri.Aisyah melihat saja pergerakan Erin.Di sudut bilik,tergantung gambar wajah mereka berdua.Aisyah tahu Erin takkan melupakannya.Tiba-tiba Erin mencubit pipinya.
Sakitlah!..Aisyah menepis.Dia berdiri untuk membalas cubitan Erin.Malangnya dia terpijak kain Erin yang licin,dia tidak dapat mengimbangkan badan,Erin cuba memegang tangannya,masih juga tidak seimbang dan mereka berdua jatuh sekali ke lantai.
Aisyah kau tak apa-apa.Aisyah tersenyum dan mengelengkan kepala.
Kau tu yang aku risau.Tengok tu baju dengan tudung kau dah tak betul.Crown kau terpelanting kat sana tu!...Erin hanya ketawa.Aisyah turut ketawa.
Aisyah!..kau jangan lupakan aku tau.Kita pergi shopping sama-sama.Lepas tu kita tengok wayang. Kita pergi berkelah sama-sama.Kali ni aku janji dengar kata kau.Aku berenang sekejap aje.Aku takkan risaukan kau lagi.Erin masih ingat lagi ketika dimarahi Aisyah sewaktu mereka berkelah di Pulau Tioman.Puncanya hanyalah kerana terlalu asyik melihat terumbu karang,seharian dia menyelam.Hei! kau janji nak bawa aku pergi Cameron Highland.Alamak macam mana ni.Tak apa ,pandailah aku planning nanti.Aisyah merasa lucu mendengar kata-kata Erin.Hilang kesedihan tadi berganti dengan gelak ketawa mereka berdua.
Erin!..aku sayang kau tapi hari ini aku nak kau janji pada aku.Aisyah melepaskan pelukannya.Erin memandang Aisyah hairan.Keningnya di naikkan tanda ingin tahu.
Kau janji akan pertahankan perkahwinan kau walau apa terjadi.Erin membesarkan matanya tanda memprotes.
Belum sempat Erin bersuara Aisyah sudah meletakkan jarinya di bibir Erin.Kau perlu ingat Erin,Syurga itu dikaki suami.
Aku tahu kau menolak bukan kerana kau ada jejaka idaman,tapi kau terlalu mementingkan prinsip hidup kau yang tak bernas tu.Kau perlu ingat ajal maut jodoh pertemuan Allah tentukan.
Mendengar kata-kata itu Erin terdiam.
Tiba-tiba Emak muncul.Ya Allah budak berdua ni.Erin!..Aisyah!...kenapa ni.Kalau ya pun nak bergurau,tengoklah keadaan.
Emak menggelengkan kepala sambil tersenyum.Dah cepat betulkan,pengantin lelaki dah sampai tu.
Erin bertambah kalut.Tangan Aisyah di pegang erat.Aisyah faham perasaan Erin.
No comments:
Post a Comment