Melihat hidangan di hadapanku memang terliur lebih-lebih lagi minuman ABC kegemaranku tetapi kerana si sengal ada denganku,seleraku mati.Aku hanya mendiamkan diri,masih lagi merajuk dengan kata-kata dia pagi tadi.Yang musykil tu,macammana dia masih mengekori aku ...buat apa dia nak ambil berat tentang aku.
Selama berbulan ni,dia langsung tak kisahkan aku.Kenapa hari ini dia lain.Hish!!! buat tak tahu ajelah....lantaklah.....
Emmm..sedapnya ABC ni....rugi kalau tak minum!...Esman cuba menarik perhatian...
Aku masih tak pandang wajahnya...ingat apa!...senang-senang nak pujuk aku ke!.....sorry naik lori lah...Ooops ayat siapalah ni....
Tiba-tiba terasa bajuku di tarik perlahan...Aku menoleh...oh kasihannya,Dua kanak-kanak menadahkan tangan memohon bantuan.Melihat mereka aku mendapat idea.....
Esman terkejut dengan tindakan Anggerik...Tanpa bertanya padanya,Anggerik telah mempelawa kanak-kanak itu makan semua yang telah dihidangkan tadi.Anggerik pula sentiasa tersenyum melihat mereka makan.
Esman nampak Anggerik menghulurkan wang pada kanak-kanak itu dan memeluk mereka sebelum beredar.
Esman terharu dengan sikap Anggerik.
Tanpa sepatah kata,Anggerik melangkah pergi...Tetapi wajahnya telah bertukar ceria...
Esman kelam kabut membuat bayaran di kaunter dan bergerak pantas untuk menuruti langkah Angerik.
Kau ni kenapa!....Esman menarik tangan Anggerik!....Cukuplah merajuk tu...aku dah penat nak ikut kau...
Sebab kau,aku tak masuk kerja.Tahu tak!....Cuba kau jadi dewasa sikit!....
Anggerik yang terkejut apabila tangannya di tarik,geram dengan tindakan Esman.
Dia merenung wajah Esman lama...mata kau memang menawan,hidung kau mancung,bibir kau merah menunjukkan kau tidak merokok...sayangnya itu semua bukan untuk aku.....Anggerik menarik tangannya dengan kasar dan mula melangkah...
Esman terkejut dengan renungan tajam Anggerik,buat pertama kalinya setelah beberapa bulan mereka bersama, inilah pandangan yang paling hampir padanya.Dadanya berdegup kencang....
Esman menghalang langkah Anggerik dan menarik badan Anggerik ke dalam pelukannya....
Ish...lepaslah!...Kau buat apa ni!..malulah depan orang ramai ni.Hei lepaslah!....orang tengok tu...
Anggerik meronta perlahan sambil tersenyum kerana mereka menjadi perhatian....
Kau ikut aku balik.Jangan nak buat perangai lagi..Esman berbisik di telinga Anggerik...
Yalah..yalah.....dahlah cepat....Esman memimpin tangan Anggerik sambil tersenyum kepada orang yang melihatnya.
........................................................................................................................................................
Sejak peristiwa itu,Anggerik tidak lagi berani menentang kata-kata Esman...Semua perkara diuruskannya.
Anggerik akan pastikan baju Esman tersedia setiap pagi.Sarapan Esman walupun ringkas tetap terhidang.
Selesai semuanya,barulah dia keluar ke tempat kerja.....Begitu juga Esman,kejadian itu seolah olah tak pernah wujud.Dia juga semakin sibuk dengan tender-tender yang masuk.Waktu dia pulang,Anggerik telah pun lena.Dia pula akan menghadap laptopnya untuk menyambung tugas pejabat yang tak pernah habis.
Assalamualaikum!...
Anggerik terkejut kerana dia tak pernah menerima tetamu.Siapa ya!...
Waalaikumsalam,..maaf ya siapa cik ni!....silalah masuk!...Tanpa curiga,Anggerik mempelawa tetamu itu masuk.
Saya Mirna!...tentu Anggerik tak kenal saya....Suami Anggerik tak beritahu ke!....saya tunang Esman sebelum dia kahwin dengan Anggerik....Saya tak tahu apa kelebihan Anggerik hingga saya ditinggalkan....
saya datang ni untuk melihat sendiri isteri Esman yang menyebabkan saya merana....Anggerik di beleknya dari hujung rambut hingga hujung kaki....Anggerik yang terkejut hanya mendiamkan diri.
Ingat!....kita akan bersaing untuk merebut hati Esman...Walaupun awak isterinya,saya pasti hati Esman masih milik saya!...betul kan!....saya ingin beritahu Anggerik,jika salah seorang telah kalah,berundurlah dalam diam...so..good luck!...Mirna terus melangkah!....
Esman!...awak memang hebat.Anggerik berbisik dan terduduk di sofa.....Air mata menitis laju...perasaannya amat tertekan....Oh patutlah dirinya tidak dipedulikan....Anggerik sedar kini kedudukannya......
Esman melangkah masuk ke rumah.Dia hairan kerana lampu ruang tamu terpasang.selalunya gelap.Dia bergerak ke sofa dan melihat Anggerik tidur di sofa.Pipi Anggerik basah....
Esman melutut di sisi Anggerik dan menggosok pipi Anggerik berniat mahu mengeringkan airmata itu.Wajah anggerik nampak sedih.tangannya terus mengusap rambut Anggerik...Bibir comel Anggerik dipandangnya...
Esman tersenyum....keletihan dipejabat menyebabkan dia tertekan tetapi wajah Anggerik begitu mendamaikannya...
Maaf Anggerik...aku nak pinjam kedamaian diwajah kau..aku letih sangat ni....tangan Esman menyentuh bibir Anggerik.Perasaannya tak dapat di kawal.Jiwanya mula bergelora....Anggerik...aku inginkan ketenangan...Esman mula berbisik di telinga Anggerik.
Anggerik terasa desahan nafas di telinganya...Dia terdengar bisikan Esman.Anggerik terkejut...Ya Allah apa harus aku buat ni...matanya dibuka dan melihat wajah Esman sudah hampir di wajahnya...Anggerik menolak badan Esman dan cepat duduk di sofa.Esman sudah kehilangan kata....Jiwanya masih bergelora....Dicempungnya badan Anggerik terus naik ke bilik.Dalam kesuraman cahaya itu Anggerik mendengar Esman berdoa...Anggerik tak mampu menolak bila Esman sudah mula berbisik ditelingnya.Ya Allah sesungguhnya inilah tanggungjawabku...Mereka berdua melakar sejarah.
No comments:
Post a Comment