Friday, August 16, 2013

KUINTAI CINTAMU 3

Majlis perkahwinan berjalan lancar.Kemeriahannya amat dirasakan oleh Ayah dan Emak.Malangnya tidak sedikitpun perasaan Erin terhibur walau di usik dengan kata-kata nakal.Erin hanya membisu sahaja.Walaupun begitu dia masih
tahu menjaga air muka orang tuanya.Semua arahan mak andam dan jurugambar diturutinya.Emak faham perasaan Erin.
Kasih sayang Erin pada mereka berdua sangat tinggi,biarpun bukan pilihan hatinya,Erin tetap akur permintaan mereka berdua.

Ya allah,kau berilah kebahagiaan pada anakku.Emak berdoa untuk Erin.

Selesai majlis,Erin membersihkan dirinya dan menukar pakaian.Erin berdiri dihadapan cermin.Sambil tersenyum Erin berbisik
"pandai juga aku bergaya tadi,ada bakat juga aku ni..."Erin tersenyum sambil menggayakan dirinya. Tanpa disedari ada sepasang mata sedang memerhati sambil tersenyum.

Ehem!..Assalammualaikum!...Akmal bersuara.Dia sudah lama berada di bilik itu.Memandangkan sikap berdiam diri Erin sejak
dari mula lagi,Akmal faham Erin belum bersedia menerimanya.Bagaimana Erin begitu juga Akmal,Tanpa rela dia dijodohkan dengan Erin sedangkan hajat hatinya ingin terus menyambung pengajiannya di Mesir.Malang sekali Papanya telah membantah kerana mahu dia menggantikan papanya di office memandangkan kesihatan  papa yang tidak menentu kebelakangan ini.Akmal pasrah dengan jodoh ini dan bersedia dengan segala kemungkinan.

Erin terkejut.Dia memusingkan badannya serta merta dan dilihat suaminya sedang duduk di hujung katil.

Apa yang harus aku buat ni!..macammana aku boleh lupa ni! matilah aku...Erin tidak mampu berkata.Sebenarnya sewaktu masuk bilik tadi memang dia keseorangan tetapi ketika keluar dari bilik air tadi langsung dia tidak menyangka suaminya telah masuk ke bilik.

Alamak!...dia nampak ke aku salin baju tadi...Aduh!....malunya aku.Erin terasa bahang dimukanya.Perlahan Erin melangkah ke arah suaminya dan bersalam dengan suaminya.Maaf,..saya tak perasan awak ada di sini...Erin masih berdiri dan menundukkan kepala.Tak sanggup rasanya dia untuk menatap wajah suami yang baru dikenalinya.Tetapi Emak telah berpesan supaya menjaga hati suami.Itulah yang cuba Erin lakukan.

Akmal tersenyum lantas menyentuh bahu Erin.Dagu Erin disentuh dan mata mereka bertaut.Muka Erin yang kemerahan itu amat difahaminya."Jangan malu dengan abang,kita sudah sah suami isteri".Akmal merapatkan dirinya pada Erin.Ketika itu terasa tangan Erin sejuk.Akmal masih tersenyum.Pinggang Erin dipautnya.Muka Akmal dirapatkan ke muka Erin.Akmal merasakan ketegangan Erin.Dikucupnya dahi Erin dan tangannya memegang jemari Erin.Dikucupnya jari itu.Erin tetap mendiamkan diri.Merasakan tiada kelembutan pada pergerakan Erin,Akmal mula melepaskan tangan Erin.

Abang tahu Erin masih belum dapat  menerima abang di hati Erin.Tapi kita sudah sah sebagai suami isteri.Erin tahukan tanggungjawab isteri pada suami.Abang takkan paksa Erin selagi hati Erin belum bersedia.Tetapi abang mintak sangat
agar Erin sentiasa menjaga maruah abang sebagai suami Erin.Jangan tunjuk sikap dingin Erin seperti siang tadi pada mereka semua.Janji ya Erin,..tunjukkan pada mereka yang kita ni pasangan bahagia.Akmal merenung wajah Erin.Di lihatnya ada titisan air mata di situ...

Syhhh.........jangan menangis sayang.Abang tak marahlah cuma nak beritahu , sikap Erin sepanjang majlis tadi salah.Janji ya jangan ulangi lagi.Kasihan emak dan Ayah Erin...mereka nak lihat kita bahagia.Tentang abang Erin jangan risau,Abang faham perasaan Erin.Selagi Erin belum bersedia abang takkan paksa Erin.

Airmata di pipi Erin disapunya..."sudahlah jangan menagis lagi.Jom!..tidur.esok pagi kita kena bertolak awal."...

Erin mengerutkan dahinya dan memandang Akmal.Akmal tersenyum nakal..Dahi Erin dikucup lembut sambil berkata"abang setia menunggu cinta Erin.Ku intai cintamu untukku dambakan seumur hidupku."Erin terkesima mendengar kata-kata Akmal.

Sudahlah jangan takut.Erin tidur ya..Assalammualaikum!...Akmal terus memadamkan lampu....

Melihat suaminya sudah melelapkan mata,Erin merebahkan badan di sebelah suaminya.Dengan perlahan Erin berkata sendirian,maafkan Erin bang.Erin belum bersedia.Erin tahu Erin berdosa tapi Erin belum dapat menerima kejutan dalam hidup Erin.Airmata Erin mengalir lagi....

Walaupun perlahan Akmal masih dapat mendengar dengan jelas kata-kata Erin.Sengaja dia berpura-pura sudah tidur sedangkan hatinya masih bergelora.Melihat wajah manja Erin dan badan Erin yang ditutupi baju tidur satin yang nipis serta haruman levender di bilik itu,jeritan batinnya sukar ditahan lagi.jiwanya bergelodak.Tetapi Akmal faham Erin tidak boleh dipaksa.Dirinya juga masih belum mengenali Erin dengan lebih dekat.Yang pastinya pertama kali melihat wajah Erin terasa
debaran dihatinya.Terimakasih Ya Allah.

Akmal memusingkan badannya dan menarik badan Erin supaya hampir dengannya.Erin terkejut kerana menyangka Akmal sudah lena.Tanpa bantahan Erin menurut."Tidurlah,abang tak marah dan Erin tak berdosa"Tangan Akmal melingkar di pinggang Erin.Erin merasa selesa begitu.Tidur mereka lena.

No comments:

Post a Comment