Sunday, August 5, 2012

KU INTAI CINTAMU 1

Sepatutnya hari itu,dia menghadiri temuduga di MENARA INTAN.Ketika menerima surat panggilan temuduga seminggu lalu,dia sangat teruja untuk mendapatkan jawatan yang ditawarkan.Tetapi hari ini,semangatnya hilang.Hanya kerana
peristiwa semalam,mematikan terus keinginannya untuk bekerja.Entahlah......

Erin!...tak siap lagi ke.Terdengar panggilan emak.Erin tetap membisu dan terus termenung.

Erin!...emak menghampiri Erin.Rambut Erin di usapnya.

Emak!...Erin memandang sayu wajah emak.Erin minta maaf ya.Erin memeluk emak sambil menangis.

Tak apalah kalau Erin tak nak pergi.Emak tak marah,tapi Erin jangan menangis lagi ya.....pujukan emak membuatkan Erin
bertambah sayu.

Ketika makan malam,Erin tidak keluar dari biliknya.

Mana Erin,kenapa tak turun makan.Ayah bertanya pada emak.

Abang tak patut buat anak kita macam itu.Emak bersuara perlahan.

Aida,.saya pun sayangkan Erin.Dia tulah satu-satunya anak kita.Sebab tu saya terima lamaran dari keluarga Hamdan tu.
Awak bukan tak kenal dengan Akmal anak Hamdan tu.Pelajarannya ada,ilmu agamanya tinggi...cuma mungkin sebab
mukanya agak serius dan sifatnya yang agak pendiam menyebabkan dia tidak mudah didekati.Tetapi percayalah,mungkin itu kelebihannya yang boleh membentuk anak kita yang manja tu.

Saya faham bang.Tapi saya kesian dengan Erin tu.Dari semalam dia termenung dan bersedih.Temuduga siang tadipun
dia tak pergi.Apa kita nak buat bang.Emak meluahkan rasa sedihnya.

Aida,cubalah awak pujuk dia.Kita ni dah tua.Kalau berlaku apa-apa pada kita,siapa yang akan menjaga anak kita tu.Saya
tak mahu dia tersalah pilih.Awak sendiri nampakkan,dia langsung tiada kawan selain Aishah tu.Sentiasa aje nak berkepit
dengan awak.Sekarang dia sudah 21 tahun.Awak nak tunggu bila lagi.

Yalah bang.Nanti saya panggilkan Aisyah tu untuk pujuk dia.Emak bersetuju dengan Ayah.

No comments:

Post a Comment