Menghayati suasana pagi ini amat mendamaikan bagiku.Selepas solat subuh,aku terus bersiap untuk ke pejabat.Memandangkan kesesakan lalu lintas,aku terpaksa bersiap awal untuk pergi bekerja.Tetapi sebelum itu aku perlu merapikan diriku agar tidak tercela dek pandangan mata.Ya,..akulah yang di panggil Anggerik.
Leka aku menatap wajahku dicermin.Paling penting bagiku adalah penampilan yang kemas dan bersopan.Tetapi solekan tetap ada walaupun nipis supaya kelihatan menarik.Ok!...aku dah siap...
Aku terus melangkah ke pintu....Oops!..aku tergamam!...langkahku terhenti,...
Oh!...mentang-mentang kau dah siap..kau terus aje nak keluar!...cepat sediakan baju aku!...
Eei!..carilah sendiri,awak buat hal awak,saya buat hal saya!..tahu tak!...aku berani menjawab dan melawan pandangan matanya....
Saya dah nak pergi ni!..nanti terlepas bas pulak.aku menolak badannya yang kian mendekat padaku.
Berani kau lawan cakap aku ya!...kau pilih samada sediakan baju aku atau kau terkurung di bilik ni dengan aku!...tangan aku di sentuhnya,walau lembut tetapi terasa sakitnya...ya hati aku juga sakit...dialah suami yang ku benci...benci...benci....dia memandangku dengan pandangan menggoda.Pipiku digosok perlahan...aku cuba mengelak tapi tak berdaya kerana sebelah lagi tangannya mengenggam pergelangan tanganku.....nafasnya terasa hangat di telingaku....aku tak mampu melawan!...disaat itu aku sudah kehilangan kata.Perasaan debar tak dapat dibendung....Aku terpaksa menurut arahannya.
Yalah saya sediakan baju awak.Lepaslah!....merasakan pegangan tangannya sudah longgar,aku terus menolaknya.Ku lihat dia hanya mendiamkan diri dan terus ke bilik air...
Cepat sahaja aku menyediakan pakaiannya dan terus keluar dari bilik itu....Keadaan kelam kabut hingga aku tak sedar beg tanganku tertinggal.Ketika menunggu bas,baru aku perasan.Dengan langkah longlai aku melangkah balik.
Susah betul hidup macam ni!...aku terasa hendak menangis...Ya Allah kenapa aku jadi begini!....tiba-tiba aku dengar kereta berhenti dibelakangku.aku menoleh.....Adui!...dia ni kalau tak menyusahkan aku tak boleh agaknya.Entah apa pula arahannnya kali ini.Aku hanya memandang tanpa perasaan...
Cepat masuk kereta!..dia menjerit dan membunyikan hon kereta Aku terkejut dengan tindakannya.Hish!..malulah semua orang dah tengok kami..Adui! aku cepat masuk dalam keretanya.
Lain kali tunggu aku siap baru kau boleh pergi kerja tahu tak!...Macammana kau nak naik bas kalau satu sen pun kau tak bawak!...ambik ni beg kau...menyusahkan aje..tak habis-habis menyusahkan aku...Aku dah lambat ni.Mana nak hantar kau lagi....Leceh sangat kau tak payah kerjalah!...Gaji pun berapalah sangat!.menyusahkan betul...
Memandangkan aku yang salah,aku hanya mendiamkan diri sahaja...tapi bab mengutuk kerja aku ni,apa hal!..hati aku bertambah geram....
Berhenti!!!!!!.......Dia terkejut.Dia brek mengejut....Hoi!..kau apahal jerit macam tu...
Aku terus keluar dari kereta dan melangkah laju....Langsung tidak menoleh padanya...Ketika itu aku dengar dia memecut kereta....
15 minit berlalu...aku berharap ada teksi akan lalu dihadapanku tapi hampa sahaja ...keadaan jalan lengang sahaja.Aku terus menunggu...
30 minit berlalu....masih juga tiada..Ah!..jalan kaki ajelah.....kalau nampak kedai makan aku berhentilah nanti.Aku terus melangkah....
Aku sangat kecewa dengan keputusan emak menikahkan aku dengan Esman.Ya itulah nama si sengal tu...
Walaupun Keputusan SPM ku cemerlang,emak kata kahwin saja.tak payah belajar lagi sebab mak tak ada duit nak menanggung pelajaranku.Kebetulan Keluarga Esman melamarku,emak terus menerima tanpa bertanya kepadaku.Ikut rasa hati aku nak lari,...tapi aku selalu ingat pesan aruah abah!..apapun yang berlaku,jangan ingkar dengan emak.Aku pasrah!....
Esman memang anak orang kaya.Setelah menikah Esman membawaku ke rumah yang telah disediakan oleh ayahnya sebagai hadiah perkahwinan kami.Ibu pula tetap di kampung,setiap bulan Esman mengirim wang belanja untuk ibu.Pernah Esman mempelawa ibu tinggal bersama kami,tapi ibu menolak dengan alasan tak mahu meninggalkan rumah pusaka...
Pada dasarnya memang bertuah jadi menantu orang kaya...Esman memang baik dengan ibuku...tetapi....disebalik itu semua,dia telah meletakkan sempadan antara kami.berdua.Dia tidak mahu ada orang gaji,dia mahu aku buat semua kerja di rumah.Walau pun kami tinggal sebilik,dia telah menyediakan tilam kecil untuk aku tidur.Dia bersedap-sedap di atas katil,aku tidur di lantai beralas tilam kecil itu.Tak apalah...aku tak kisah,asalkan dia tidak menganggu aku.Setiap hari dia balik,aku dah tidur.Sememangnya aku ni kuat tidur.Kalau di kampung,emak akan menjerit-jerit mengejutku...tapi di sini...jam loceng besi dah sedia di telingaku.aku tak nak si sengal tu kejutkan aku...pendekata aku dan duniaku,dia dan dunianya.
Dapur pula adalah zon larangan.aku tak dibenarkan masak.setiap hari dia beli nasi bungkus untukku dan dia entahlah....aku tak pernah ambil tahu dia makan kat mana,dengan siapa...aku tak kisah.
kerja aku ni pun dia yang carikan ditempat kawannya.Hanya aku seorang saja pekerja di situ.Aku hanya perlu menunggu di pejabat,Boss merangkap kawan Esman,sering keluar.Walaupun gaji kecil tapi aku suka kerana dapat bekerja di pejabat macam yang selalu aku tengok dalam tv tu!....
6 bulan keadaan kami begini...aku senang dan gembira.Tetapi pagi ini dia naik angin....Aku tak faham langsung!....
Tiba-tiba telefon ku berbunyi...I-phone baru pilihan Esman,dia memberiku sebagai hantaran perkahwinanku.Aku tak kisah harganya,sebenarnya aku tak pernah pakai handphone sebelum ni.Lagi pun siapalah nak telefon aku ni...
Hoi!..kalau ya pun ,berjalan tu hati-hati sikit.mata tu tengok jalan bukan berangan...tut!..aku matikan.Siapa dia nak marah-marah aku.Mata aku,aku punya pasallah.Hati aku dah mendidih...Aku terus melangkah ...
Macam mana dia tahu aku berangan!..tunggu,aku pusingkan badan dan memang tak salah lagi,,,dia di situ.
Benci betul aku dengan dia......Kenapa hari ini hidup aku tak tenang.....